Syarat Promosi Program

  1. Program mestilah terbuka kepada semua warga pelajar UiTM Shah Alam.
  2. Program dianjurkan oleh warga UiTM Shah Alam.
  3. Penyertaan program mestilah tidak dikenakan sebarang bayaran. (Kecuali program bertujuan mengumpul dana kebajikan)
  4. Program telah mendapat kelulusan dari pihak UiTM Shah Alam atau mana-mana Fakulti dan Jabatan dibawahnya.
  5. Program yang dijalankan tidak melanggar mana-mana bahagian dalam mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa pada tarikh program dijalankan.
  6. Pihak MPP akan mencuba sedaya upaya untuk membantu mempromosi program anda. Walau bagaimanapun ianya tidak membawa maksud pihak MPP diwajibkan untuk memproses borang yang telah dihantar.
  7. Anda bertanggungjawab untuk menjawab pertanyaan tentang program yang dikemukan oleh pihak umum di ruangan komen Facebook/website
  8. Pihak MPP tidak akan menyediakan apa-apa kemudahan program selain dari promosi ini. Segala bentuk keperluan program adalah tanggungjawab pihak penganjur, melainkan telah dipersetujui dalam perjanjian berasingan.
  9. Pihak MPP tidak bertanggungjawab atas sebarang insiden yang berlaku sepanjang program berlangsung.
  10. Pihak MPP juga tidak akan akan dipertanggungjawabkan atas kehilangan, kerugian dan kerosakan, sama ada langsung atau tidak; yang berlaku akibat dari program yang dijalankan.
  11. Borang yang tidak lengkap, tidak diisi mengikut ketetapan atau diisi secara sambil lewa tidak akan dilayan sama sekali.
  12. Pihak MPP berhak untuk membatalkan slot promosi program dengan serta merta jika, tetapi tidak terhad kepada: terdapat maklumat yang meragukan atau tidak lengkap, program anda didapati menyalahi mana-mana peraturan di atas, mendapat arahan dari pihak universiti, ataupun terdapat apa-apa sahaja yang alasan yang sesuai untuk bertindak sedemikian.
  13. Pihak MPP boleh mengubah syarat-syarat ini tanpa mengeluarkan sebarang notis awal.