Perkhidmatan Bas Sempena Cuti Raya Aidilfitri 2014

kliav

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua warga Uitm, khususnya warga pelajar Diploma dan Asasi UiTM Puncak Alam / Puncak Perdana.

Perkhidmatan bas ke hab pengangkutan utama telah diumumkan. Pihak Universiti telah bersetuju untuk berkerjasama dengan MPP untuk menyediakan pengangkutan ke KLIA , KLIA2 dan Klang Sentral pada 24 hingga 27 Julai. Waktu perkhidmatan tertakluk pada jadual yang ditetapkan.

Untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik, kami memerlukan jumlah sebenar penumpang bagi setiap destinasi dan masa. Oleh itu anda perlu melakukan pendaftaran ringkas sebelum menggunakan perkhidmatan ini.

Destinasi

Tarikh dan Masa

KLIA KLIA2

24 Julai 2014

9.00 PM

25 – 27 Julai 2014

9.00 AM3.00 PM9.00 PM

Klang Sentral

24 Julai 2014

6.00 PM

25 – 27 Julai 2014

9.00 AM12.00 PM5.00 PM8.00 PM


Cara Mendaftar:

Isikan borang di bawah sebelum 2 Oktober 2014. Semua ruangan wajib diisi.
Pastikan anda mengisi destinasi, masa dan tarikh yang betul mengikut jadual di atas.
Pastikan anda betul-betul yakin untuk menggunakan perkhidmatan pada tarikh yang didaftar. Kegagalan anda untuk hadir walaupun setetelah mendaftar mungkin mungkin menyebabkan perkhidmatan ini tidak dapat diteruskan pada masa akan datang.

[23/7/14] Pendaftaran telah ditutup

Pastkan anda berada di tempat menunggu bas sekurang-kurangnya 30 minit sebelum masa bertolak. Selamat bercuti dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Soalan umum:

berapakah yuran yang dikenakan untuk ke KLIA2 dengan perkhidmatan ini.?
RM0. Perkhidmatan bas ke semua destinasi tidak dikenakan sebarang bayaran.

Saya ingin ke KLIA, tetapi untuk urusan lain, bukan untuk pulang ke kampung. Adakah saya dibenarkan menggunakan perkhidmatan ini?
Boleh. Kami hanya menyediakan perkhidmatan, anda bebas untuk ke destinasi dengan tujuan masing-masing.

Macam mana saya nak tahu jika permononan saya diluluskan ataupun tidak?
Permohonan anda diluluskan serta merta sebaik sahaja borang dihantar.

Saya telah menghantar borang. Tapi ada masalah timbul, saya terpaksa batalkan pendaftaran. Macam mana nak cancel pendaftaran?
Taip [batal][kampus][No kad matrik] dan hantarkan ke 018-6687696 (Aliff). Pendaftaran anda hanya akan dibatalkan jika maklumat yang dihantar bertepatan dengan maklumat pendaftaran.

Di mana nak tunggu bas nanti?
P. Alam: Bus stop Rafflesia
P. Perdana: Dekat pondok Polis Bantuan Kolej Jasmine

lain-lain soalan? maklumat tambahan? Sila Hubungi segera melalui wakil-wakil kami:

018-6687696 (ALIFF NAZMI)
013-3182157 (NOR IZWAN)

Tweet about this on TwitterShare on Facebook101Share on Google+0