Perkhidmatan Bas Sempena Cuti Aidiladha 2014

kliav

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua warga Uitm.

Perkhidmatan bas ke hab pengangkutan utama telah diumumkan. Pihak Universiti telah bersetuju untuk berkerjasama dengan MPP untuk menyediakan pengangkutan ke KLIA , KLIA2 dan Klang Sentral sepanjang 3 – 5 Oktober *

Untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik, kami memerlukan jumlah sebenar penumpang bagi setiap destinasi dan masa. Oleh itu anda perlu melakukan pendaftaran ringkas sebelum menggunakan perkhidmatan ini.

* Waktu dan tarikh perkhidmatan tertakluk pada jadual yang ditetapkan.

SHAH ALAM

Destinasi

Tarikh dan Masa

KLIA KLIA2

3 Oktober 2014

6.00 PM

PUNCAK ALAM & PUNCAK PERDANA

Destinasi

Tarikh dan Masa

KLIA KLIA2

3 – 5 Oktober 2014

9.00 AM3.00 PM8.00 PM

Klang Sentral(P. Alam sahaja)

3 Oktober 2014

3.00 PM5.00 PM8.00 PM

4 – 5 Oktober 2014

8.30 AM12.00 PM5.00 PM8.00 PM


Cara Mendaftar:

Isikan borang di bawah sebelum 1 Oktober 2014. Semua ruangan wajib diisi.
Pastikan anda mengisi destinasi, masa dan tarikh yang betul mengikut jadual di atas.
Pastikan anda betul-betul yakin untuk menggunakan perkhidmatan pada tarikh yang didaftar. Kegagalan anda untuk hadir walaupun setetelah mendaftar mungkin mungkin menyebabkan perkhidmatan ini tidak dapat diteruskan pada masa akan datang.

[1/10/14] Pendaftaran telah ditutup

Pastkan anda berada di tempat menunggu bas sekurang-kurangnya 30 minit sebelum masa bertolak. Selamat bercuti dan Selamat Hari Raya Aidiladha.

Soalan lazim:

berapakah yuran yang dikenakan untuk ke destinasi dengan perkhidmatan ini.?
RM0. Perkhidmatan bas ke semua destinasi tidak dikenakan sebarang bayaran.

Saya ingin ke KLIA, tetapi untuk urusan lain, bukan untuk pulang ke kampung. Adakah saya dibenarkan menggunakan perkhidmatan ini?
Boleh. Kami hanya menyediakan perkhidmatan, anda bebas untuk ke destinasi dengan tujuan masing-masing.

Macam mana saya nak tahu jika permononan saya diluluskan ataupun tidak?
Permohonan anda diluluskan serta merta sebaik sahaja borang dihantar.

Saya telah menghantar borang. Tapi ada masalah timbul, saya terpaksa batalkan pendaftaran. Macam mana nak cancel pendaftaran?
Taip [batal][kampus][No kad matrik] dan hantarkan ke 018-6687696 (Aliff). Pendaftaran anda hanya akan dibatalkan jika maklumat yang dihantar bertepatan dengan maklumat pendaftaran.

Di mana nak tunggu bas nanti?
  Shah alam: Bangunan Inovasi (bangunan depan APB pintu sek. 7)
  P. Alam: Bus stop Rafflesia
  P. Perdana: Dekat pondok Polis Bantuan Kolej Jasmine

lain-lain soalan? rujukan tambahan? Sila Hubungi segera melalui wakil-wakil kami:

018-6687696 (ALIFF NAZMI)
013-3182157 (NOR IZWAN)

Tweet about this on TwitterShare on Facebook575Share on Google+0