MPP UiTM – PENGENALAN

baru mpp

Majlis Perwakilan Pelajar UiTM atau ringkasannya MPP UiTM merupakan badan perwakilan pelajar yang utama di Universiti Teknologi MARA yang diwujudkan mengikut peruntukan Seksyen 7 Bahagian 3 Undang-Undang Malaysia Akta 174 Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.

    Keahlian Majlis Perwakilan Pelajar UiTM adalah atas suara pelajar melalui pilihanraya kampus yang diadakan sekali dalam setahun. MPP UiTM di wujudkan oleh peruntukan Seksyen 7 Bahagian 3 Undang-Undang Malaysia Akta 174 Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976. Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam Sesi 2014/15 terdiri daripada 48 orang ahli jawatankuasa yang di sertai oleh 24 fakulti yang terdapat di UiTM Shah Alam, termasuk daripada kampus-kampus satelit.

    Kesemua ahli merupakan pelajar-pelajar yang telah diberi kepercayaan untuk mewakili pelajar bagi fakulti masing-masing serta membawa nama UiTM Shah Alam ke peringkat lebih tinggi. Jawatankuasa MPP ini diketuai oleh seorang ketua iaitu Yang Di-Pertua MPP
Ahmad Naqiuddin Bin Mohamad yang turut dibantu oleh Naib Yang Di-Pertua Izzuan Bin Iskandar dan juga oleh exco-exco MPP yang lain seramai 44 orang. Di samping menjadi wakil pelajar, MPP UiTM juga turut dipertanggungjawabkan sebagai wakil UiTM ke peringkat antarabangsa sebagai duta UiTM Shah Alam. Pelbagai aktiviti dan program sama ada persendirian atau kerjasama penganjur telah dilakukan antaranya adalah seperti aktiviti khidmat masyarakat, sukan, akademik malah turut juga melibatkan badan-badan kerajaan tempatan, negeri dan persekutuan secara langsung atau tidak langsung termasuklah badan-badan separa kerajaan dan bukan kerajaan.