[NOTIS] SENARAI PEMULANGAN LEWAT PTAR

bpp (poster semakan akaun pelajar)_03

Asalamualaikum, dan Salam sehahtera.

   Rakan pelajar sekalian, cuti hujung semester telah bermula bagi sebahagian besar warga pelajar UiTM, namun masih terdapat antara kita yang masih belum berkesempatan untuk menyelesaikan tugasnya sebagai Mahasiswa yang bertanggungjawab, dengan memulangkan bahan-bahan perpustakaan yang telah dipinjam.

Pihak pengurusan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah mengeluarkan senarai nama peminjam yang masih ‘berhutang’. Sila download/semak pada lampiran. Jika nama anda tersenarai, segeralah bertindak. Jika nama rakan anda tersenarai, segeralah ingatkan. Bahan-bahan PTAR adalah hak dan tanggungjawab bersama warga UiTM.

Download Senarai Nama

Denda 20 sen dikenakan bagi setiap hari yang tertunggak, dan malangnya denda ini tidak akan di ‘write-off’ dengan sendirinya.

Pelajar yang mempunyai baki denda tertunggak dan bahan perpustakaan yang belum dipulangkan/tamat tempoh pinjaman akan dikenakan tindakan:

    Penahanan transkrip dan konvokesyen
    Tidak boleh mendaftar subjek pada semester akan datang
    Tidak boleh melihat keputusan peperiksaan.

Tindakan ini tidak akan dilepaskan selagi anda tidak memulangkan bahan perpustakaan atau menyelesaikan baki tertunggak.

Sebagai ingatan, anda juga boleh memanjangkan tarikh luput pinjaman buku melalui
Portal WebOPAC sebelum ianya tamat tempoh.

Terima kasih atas keprihatinan anda. Selamat Bercuti, dan selamat Hari Raya Aidilfitri.

Sila abaikan notis ini jika anda telah menyelesaikan tanggungjawab tersebut.

Tweet about this on TwitterShare on Facebook54Share on Google+0