Buku Panduan Pelajar NR

Kehidupan sebagai pelajar non-resident (NR), atau dalam bahasa umumnya pelajar yang menetap/menyewa di luar kampus, merupakan pengalaman yang sangat berharga bagi mana-mana Mahasiswa.

Sebaik sahaja seseorang pelajar melepaskan status sebagai penghuni kolej untuk memberi ruang kepada adik-adiknya yang baru merasai alam universiti, dia telahpun melengkapkan dirinya dengan satu langkah baru dalam pengembaraan hidup – berdikari ke tahap yang lebih tinggi.

Menyedari pengalaman hidup sebagai pelajar NR sebagai suatu peringkat yang kritikal dalam pembangunan mahasiswa, Unit Pengurusan Non Resident telah menyediakan satu buku panduan yang mengandungi pelbagai informasi berguna untuk membantu pelajar menjalani kehidupan di luar pagar kampus UiTM.

Buku panduan NR

“Buku Panduan ini disediakan khusus untuk pelajar-pelajar UiTM yang tinggal di luar Kampus atau dikenali sebagai pelajar NonResident (NR). Penyampaian maklumat dan panduan berhubung langkah langkah pencegahan jenayah, pencegahan kebakaran, pencegahan denggi, dan juga peraturan premis kediaman diharap dapat membantu meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan pelajar-pelajar NR agar suasana kehidupan yang kondusif dan selamat dapat dinikmati.”

Buku panduan sepanjang 45 mukasurat ini disediakan dengan menggunakan ayat-ayat ringkas yang mudah difahami serta padat dengan carta alir yang sesuai dijadikan rujukan bukan sahaja untuk pelajar NR, tetapi lebih utama iaitu kepada penghuni kolej yang bakal menempuh hidup sebagai pelajar NR.

Buku panduan pelajar NR (preview)

Anda boleh mendapatkan buku panduan ini dari portal Unit Pengurusan NR atau terus memuat turun dengan menekan butang di bawah (PDF, 800kb).

Juga, jangan lupa untuk mengunjungi dan ‘like’ Portal Komuniti NR UiTM Shah Alam di Facebook untuk sentiasa menerima maklumat terkini berkaitan aktiviti pelajar NR.

Tweet about this on TwitterShare on Facebook57Share on Google+0