Perkhidmatan Bas Sempena Cuti Akhir Semester 2014/01

kliav

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua warga Uitm.

Berita baik untuk pelajar.
Perkhidmatan bas bagi ke lokasi-lokasi ‘hangat’ pada cuti semester telahpun diluluskan. Pihak Universiti telah bersetuju untuk menyediakan pengangkutan ke KLIA, KLIA2, Klang Sentral dan Stesen Bas Seksyen 17 pada 12 hingga 16 Julai; pada pukul 9.00am, 3.00pm, dan 9.00pm.

Untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik, kami memerlukan jumlah sebenar penumpang bagi setiap destinasi dan masa. Oleh itu anda perlu melakukan pendaftaran ringkas sebelum menggunakan perkhidmatan ini.

Senarai Destinasi Perkhidmatan Bas Mengikut Kampus
Shah AlamKLIA KLIA2
Puncak AlamKLIA KLIA2Klang SentralSeksyen 17
Puncak PerdanaKLIA KLIA2Klang SentralSeksyen 17
Tarikh Tamat Pendaftaran10 Julai 2014
Tarikh Bertolak12 – 16 Julai 2014
Masa Bertolak9.00am, 3.00pm dan 9.00pm

Cara Mendaftar:

Sila SMS/Whatsapp maklumat anda mengikut format berikut:

NAMA PENUH
NO PELAJAR
KAMPUS (SHAH ALAM/P.ALAM/P.PERDANA)
FAKULTI
TARIKH & MASA PERKHIDMATAN (Rujuk jadual)
DESTINASI

Hantarkan kepada wakil-wakil kami mengikut kampus, sebelum 10 Julai 2014.

Shah Alam013-3182157  (NOR IZWAN)
Puncak Alam018-6687696  (ALIF NAZMI)
Puncak Perdana013-4354396  (SHARIFUDDIN)
Pastkan anda berada di tempat menunggu bas sekurang-kurangnya 30 minit sebelum masa bertolak.
Selamat menduduki perperiksaan, selamat berpuasa, dan selamat bercuti.

Soalan umum:

berapakah yuran yang dikenakan untuk ke KLIA2 dengan perkhidmatan ini.?
RM0. Perkhidmatan bas ke semua destinasi tidak dikenakan sebarang bayaran.

Saya ingin ke KLIA, tetapi untuk urusan lain, bukan untuk pulang ke kampung. Adakah saya dibenarkan menggunakan perkhidmatan ini?
Boleh. Kami hanya menyediakan perkhidmatan, anda bebas untuk ke destinasi dengan tujuan masing-masing.

Di mana nak tunggu bas nanti?
Lokasi mengunggu masih belum ditetapkan oleh pihak pengurusan, kami cuba mendapatkan kepastian dan mengumumkannya secepat mungkin.

——

Update 9/7/14:
Lokasi menunggu bas:

Shah alam: Bangunan Inovasi (bangunan depan APB pintu sek. 7)
P. Alam: Bus stop Rafflesia
P. Perdana: Dekat pondok Polis Bantuan Kolej Jasmine

Tweet about this on TwitterShare on Facebook32Share on Google+0